LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Mutiara
Sekolah yang ku cinta
Cemerlang budaya kita
Sentiasa maju jaya
Pelajar dan guru bersama
Bersatu membina azam
Tingkatkan ilmu di dada
Penggerak arah wawasan
Dedikasi …Beretika
Pendidikan berkualiti
Hemah tinggi akhlak mulia
Teras jati dalam diri
Inovatif dan progresif
Terapkan dalam diri
Tekun, usaha setiap masa
Menuju mercu jaya…

Gubahan & Penulisan Kreatif oleh:
Pn. Rohaya Binti Safar

IKRAR MURID

Bahawasanya kami
Bersyukur dan bangga
Sebagai putera puteri SMK Mutiara
Sesungguhnya kami berikrar dan berjanji
Akan mematuhi segala perintah Tuhan
Dan meninggalkan laranganNya
Mengikut nasihat ibu bapa serta guru-guru
Belajar bersungguh-sungguh
Untuk mencapai kejayaan cemerlang
Demi kebaikan diri, agama, bangsa dan Negara
Dan mematuhi semua peraturan sekolah ini
Dalam usaha murni
Ke arah pembentukkan insan kamil.