Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara anjur Program “Round Table Discussion and English Language Teaching Forum”

Panitia Bahasa Inggeris SMK Mutiara dengan kerjasama Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan “Round Table Discussion and English Language Teaching Forum” pada 29 Jun 2018 bertempat di Dewan Semarak SMK Mutiara.

Perbincangan meja bulat dan forum pengajaran bahasa Inggeris tersebut melibatkan ketua-ketua panitia bahasa Inggerid sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara objektif program tersebut ialah mengenal pasti masalah dan isu dalam pengajaran bahasa Inggeris dalam konteks sekolah menengah di Labuan dan mengesyorkan inisiatif dan amalan terbaik dalam mengatasi cabaran dalam bilik darjah. Sebanyak 16 isu utama telah diutarakan dan 60 cadangan telah dikemukakan sebagai jalan penyelesaian bagi membantu guru mengajar dengan lebih efektif dan bermakna.

Dr Hyginus Lester, Guru Kanan Kreativiti dan Inovasi SMK Mutiara telah mempengerusikan program tersebut dan bertindak sebagai moderator, dibantu oleh Puan Chin Tsuey Wei, pegawai SISC+ Jabatan Pendidikan W. P. Labuan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*